PENDAHULUAN :-
Tajuk yang telah diberikan kepada kami ialah
Peranan Al-Quran Sebagai Sumber Utama Dalam Bidang Sains Teknologi Dan
Kejuruteraan. Dalam topik ini, kami telah melalukan beberapa penyelidikan
melalui pembacaan, melayari internet dan lain-lain.
Hasilnya, kami telah menemui banyak ayat al
Quran yang mengetengahkan topik-topik berkenaan sains dan teknologi. Ia
telah mendorong ramai saintis di seluruh dunia untuk mengkaji sekali gus
membuktikan kebenaran al-Quran di samping membuat pelbagai penemuan baru.
Kami telah memilih tajuk ini kerana ia sangat
bersesuaian dengan matlamat kami untuk menjadi muslim profesional. Kami
berhasrat untuk mengintegrasikan ilmu Islam dengan ilmu sains supaya dapat
membentuk generasi Ulul Albab yang menyahut seruan ALLAH untuk memerhati
dan meneliti hikmah di sebalik penciptaan alam.
Selain itu, kami mengharapkan dengan kajian ini
kami mampu membuka mata hati kami untuk lebih mensyukuri nikmat kurniaan
Ilahi sekaligus menjadi insan yang sentiasa meningkatkan iman dan taqwa
kepada ALLAH swt.Semoga dengan penghasilan blog ini, dapat melayakkan kami
memperoleh keredaan ALLAH swt dan kejayaan di dunia dan di akhirat.
AL-QURAN DAN TEKNOLOGI :-
Al-Qur'an adalah kitab suci yang diturunkan
bagi manusia yang mahu menggunakan akal fikiranya (ulul albab) dalam memahami
penciptaan alam semesta ini, QS.Shaad: 29.
" inilah kitab yang kami turunkan
kepadamu yang penuh berkah, supaya mereka memikirkan ayat-ayatnya dan supaya
orang-orang yang mempunyai pikiran mendapat pelajaran".
Al-Qur'an sebagi petunjuk bagi manusia yang
membawa berita gembira berupa pemecahan masalah yang dihadapi manusia untuk
masa lalu, keadaan saat ini mahupun keadaan pada masa yang akan datang, juga
sarat dengan ilmu pengetahuan dan teknologi yang diperlukan oleh umat manusia.
Sehingga kini, Al-Qur'an sering disebut sebagai sumber segala Ilmu pengetahuan.
Ilmu pengetahuan yang terdapat dalam Al-Qur'an ada yang mudah difahami dan ada
juga yang memerlukan pemikiran dan pengembangan serta perenungan lebih lanjut
untuk dapat difahami oleh seseorang itu. Pemahaman tentang Al-Qur'an seseorang
tergantung pada kecerdasan, tingkat pendidikan ilmu yang digelutinya, kemajuan
Ilmu pengetahuan serta keadaan sosial lingkungan sekitarnya, sehingga dari ayat
yang sama mungkin saja akan memberikan tafsiran yang berbeza.
Menurut Muhammad Arkom: "Al-Qur'an
memberikan kemungkinan erti yang tak terbatas, ayatnya selalu terbuka untuk
interpretasi baru. Maka tidak perlu diherankan apabila ilmu tafsir Al-Qur'an
berkembang terus sesuai dengan kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi, QS.
Al-Kahfi: 109
" Katakanlah, kalau sekiranya lautan
menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat tuhanku, sungguh habislah lautan
itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun didatangkan
tambahan (lautan) sebanyak itu (pula).
Namun yang jelas kemampuan dan dari arah
manapun kita menafsirkan ayat-ayat Al-Qur'an, semuanya akan bermuara kepada
pengakuan akan kebesaran Tuhan sang pencipta Alam semesta ini.
Oleh karena itu pada makalah ini kami akan
menguraikan tentang hubungan, pengembangan serta pengaruh ilmu pengetahuan dan
teknologi.
Terdapat banyak ayat Al-quran yang menyeru
manusia supaya mengkaji dan meneliti fenomena alam untuk memahami dan mendalami
ilmu pengetahuan agar dapat membina suatu tamadun yang sempurna. Berdasarkan
ayat di bawah jelas bahawa alam yang diciptakan oleh Allah s.w.t tertakluk
kepada hukum-hukum tertentu dan apa yang ada dilangit dan di bumi adalah hak
Allah s.w.t untuk kemudahan dan kegunaan manusia sejagat. Islam tidak terbatas
antara hubungan manusia dengan tuhan bahkan merangkumi semua aspek kehidupan.
Firman ALLAH yang bermaksud :
“Tidakkah kamu perhatikan bahawa Allah memudahkan untuk kemudahan mu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmat-Nya yang zahir dan batin.”
(Surah Luqman: 20)
Oleh itu, kita seharusnya menjadikan Al-Quran
sebagai panduan hidup kita kerana didalam Al-Quran telah tercatat segalanya
yang berkaitan dengan hidup ataupun mati. Bidang kejuruteraan juga ada disebut
di dalam Al-Quran. Ini telah melahirkan ramai tokoh-tokoh Islam yang menjadikan
Al-Quran sebagai panduan untuk mengkaji bidang kejuruteraan sehingga
mereka dapat mencipta peralatan yang berguna hingga kini.
PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN DAN TEKNOLOGI
Ilmu pengetahuan dan teknologi tumbuh dan
berkembang dengan cepat, melebihi daya serap otak manusia, sehingga ia tidak
dapat memahami seluruh produk ilmu pengetahuan.
Namun manusia sebagai mahluk yang diberi
kelebihan-kelebihan, manusia dijadikan penguasa dibumi dengan tugas, kewajiban
dan segala tanggungjawabnya. Untuk itu manusia harus benar-benar mengetahui dan
memahami sifat dan kelakuan alam sekitar yang harus dikelola. Pengetahuan dan pemahaman ini dapat
diperolehnya kerana manusia hidup didalam dan dapat menginderakan alam fisis
disekelilingnya.
Pemeriksaan dengan perhatian yang besar untuk
mengetahui sesuatu memerlukan observasi yang berulang-ulang secara teliti serta
pengumpulan data secara sistematik yang kemudian dianalisi untuk memperoleh
suatu kesimpulan tentang apa yang diperiksa itu untuk dihimpunkan sebagai
pengetahuan. Namun untuk sampai kesimpulan yang dapat dihimpunkan menjadi suatu
sistem yang logik atau kesatuan yang rasional yang kita sebut ilmu pengetahuan
perlu pertimbangan yang melibatkan akal, sebagaimana firman Allah dalam surat
Az-Zumar: 9
"Katakanlah (wahai Muhammad): apakah
sama mereka yang berpengetahuan dan mereka yang tidak berpengetahuan,
sesungguhnya mereka yang menggunakan akallah yang dapat mengambil
pelajaran" (QS. Az-Zumar: 9).
Rangkaian kegiatan mulai dari observasi dan
pengukuran serta penggunaan akal sehingga sampai pada kesimpulan yang rasional
itulah merupakan kegiatan utama daripada pengembangan ilmu pengetahuan.
KESIMPULAN
Konklusinya, al-Quran yang telah diturunkan
kepada Nabi Muhammad saw mempunyai peranan yang sangat penting dalam bidang
sains dan teknologi. Galakan al-Quran untuk mengkaji dan merenungi penciptaan
alam telah menjadi titik utama untuk mendorong para saintis Islam
melakukan kajian. Justeru, kita sebagai generasi muda Islam yang bakal
menerajui bidang-bidang profesional ini mestilah bertindak bijak dengan
mengamalkan segala ajaran al-Quran dan mengkaji penciptaan alam semesta
agar dapat bertemu dengan hikmahnya serta meningkat ketaatan kepadanya.
AHLI KUMPULAN :
- HAFIYYAN ASYRAF BIN HAMZAH ( 1011 )
- MUHAMMAD ARIF FAHMI BIN SULAIMAN ( 1015 )
- SYAHIRAN NAFIS BIN SAIFUL ARDAN ( 1055 )
- MUHAMMAD NAQIUDDIN BIN ROSLAN (1063)
- MOHAMMAD ARIFF AIMAN BIN ABDULLAH THANI ( 1065 )
No comments:
Post a Comment