Friday 8 January 2016

Peranan Al-Quran Sebagai Sumber Utama Bidang Sains, Teknologi Dan Kejuruteraan

  


PENDAHULUAN :-


Tajuk yang telah diberikan kepada kami ialah Peranan Al-Quran Sebagai Sumber Utama Dalam Bidang Sains  Teknologi Dan Kejuruteraan. Dalam topik ini, kami telah melalukan beberapa penyelidikan melalui pembacaan, melayari internet dan lain-lain.

Hasilnya, kami telah menemui banyak ayat al Quran yang  mengetengahkan topik-topik berkenaan sains dan teknologi. Ia telah mendorong ramai saintis di seluruh dunia untuk mengkaji sekali gus membuktikan kebenaran al-Quran di samping membuat pelbagai penemuan baru.

Kami telah memilih tajuk ini kerana ia sangat bersesuaian dengan matlamat kami untuk menjadi muslim profesional. Kami berhasrat untuk mengintegrasikan ilmu Islam dengan ilmu sains supaya dapat membentuk generasi Ulul Albab yang menyahut seruan ALLAH untuk memerhati dan meneliti hikmah di sebalik penciptaan alam.

Selain itu, kami mengharapkan dengan kajian ini kami mampu membuka mata hati kami untuk lebih mensyukuri nikmat kurniaan Ilahi sekaligus menjadi insan yang sentiasa meningkatkan iman dan taqwa kepada ALLAH swt.Semoga dengan penghasilan blog ini, dapat melayakkan kami memperoleh keredaan ALLAH swt dan kejayaan di dunia dan di akhirat.



AL-QURAN DAN TEKNOLOGI :-


Al-Qur'an adalah kitab suci yang diturunkan bagi manusia yang mahu menggunakan akal fikiranya (ulul albab) dalam memahami penciptaan alam semesta ini, QS.Shaad: 29.
" inilah kitab yang kami turunkan kepadamu yang penuh berkah, supaya mereka memikirkan ayat-ayatnya dan supaya orang-orang yang mempunyai pikiran mendapat pelajaran".

Al-Qur'an sebagi petunjuk bagi manusia yang membawa berita gembira berupa pemecahan masalah yang dihadapi manusia untuk masa lalu, keadaan saat ini mahupun keadaan pada masa yang akan datang, juga sarat dengan ilmu pengetahuan dan teknologi yang diperlukan oleh umat manusia. Sehingga kini, Al-Qur'an sering disebut sebagai sumber segala Ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan yang terdapat dalam Al-Qur'an ada yang mudah difahami dan ada juga yang memerlukan pemikiran dan pengembangan serta perenungan lebih lanjut untuk dapat difahami oleh seseorang itu. Pemahaman tentang Al-Qur'an seseorang tergantung pada kecerdasan, tingkat pendidikan ilmu yang digelutinya, kemajuan Ilmu pengetahuan serta keadaan sosial lingkungan sekitarnya, sehingga dari ayat yang sama mungkin saja akan memberikan tafsiran yang berbeza.

Menurut Muhammad Arkom: "Al-Qur'an memberikan kemungkinan erti yang tak terbatas, ayatnya selalu terbuka untuk interpretasi baru. Maka tidak perlu diherankan apabila ilmu tafsir Al-Qur'an berkembang terus sesuai dengan kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi, QS. Al-Kahfi: 109

" Katakanlah, kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun didatangkan tambahan (lautan) sebanyak itu (pula).
Namun yang jelas kemampuan dan dari arah manapun kita menafsirkan ayat-ayat Al-Qur'an, semuanya akan bermuara kepada pengakuan akan kebesaran Tuhan sang pencipta Alam semesta ini.

Oleh karena itu pada makalah ini kami akan menguraikan tentang hubungan, pengembangan serta pengaruh ilmu pengetahuan dan teknologi.




Terdapat banyak ayat Al-quran yang menyeru manusia supaya mengkaji dan meneliti fenomena alam untuk memahami dan mendalami ilmu pengetahuan agar dapat membina suatu tamadun yang sempurna. Berdasarkan ayat di bawah jelas bahawa alam yang diciptakan oleh Allah s.w.t tertakluk kepada hukum-hukum tertentu dan apa yang ada dilangit dan di bumi adalah hak Allah s.w.t untuk kemudahan dan kegunaan manusia sejagat. Islam tidak terbatas antara hubungan manusia dengan tuhan bahkan merangkumi semua aspek kehidupan.

Firman ALLAH yang bermaksud :
“Tidakkah kamu perhatikan bahawa Allah memudahkan untuk kemudahan mu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmat-Nya yang zahir dan batin.”
(Surah Luqman: 20)

Oleh itu, kita seharusnya menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup kita kerana didalam Al-Quran telah tercatat segalanya yang berkaitan dengan hidup ataupun mati. Bidang kejuruteraan juga ada disebut di dalam Al-Quran. Ini telah melahirkan ramai tokoh-tokoh Islam yang menjadikan Al-Quran sebagai panduan untuk mengkaji bidang kejuruteraan sehingga mereka dapat mencipta peralatan yang berguna hingga kini.


PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN DAN TEKNOLOGI


Ilmu pengetahuan dan teknologi tumbuh dan berkembang dengan cepat, melebihi daya serap otak manusia, sehingga ia tidak dapat memahami seluruh produk ilmu pengetahuan.

Namun manusia sebagai mahluk yang diberi kelebihan-kelebihan, manusia dijadikan penguasa dibumi dengan tugas, kewajiban dan segala tanggungjawabnya. Untuk itu manusia harus benar-benar mengetahui dan memahami sifat dan kelakuan alam sekitar yang harus dikelola. Pengetahuan dan pemahaman ini dapat diperolehnya kerana manusia hidup didalam dan dapat menginderakan alam fisis disekelilingnya.

Pemeriksaan dengan perhatian yang besar untuk mengetahui sesuatu memerlukan observasi yang berulang-ulang secara teliti serta pengumpulan data secara sistematik yang kemudian dianalisi untuk memperoleh suatu kesimpulan tentang apa yang diperiksa itu untuk dihimpunkan sebagai pengetahuan. Namun untuk sampai kesimpulan yang dapat dihimpunkan menjadi suatu sistem yang logik atau kesatuan yang rasional yang kita sebut ilmu pengetahuan perlu pertimbangan yang melibatkan akal, sebagaimana firman Allah dalam surat Az-Zumar: 9
"Katakanlah (wahai Muhammad): apakah sama mereka yang berpengetahuan dan mereka yang tidak berpengetahuan, sesungguhnya mereka yang menggunakan akallah yang dapat mengambil pelajaran" (QS. Az-Zumar: 9).

Rangkaian kegiatan mulai dari observasi dan pengukuran serta penggunaan akal sehingga sampai pada kesimpulan yang rasional itulah merupakan kegiatan utama daripada pengembangan ilmu pengetahuan.




KESIMPULAN


Konklusinya, al-Quran yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad saw mempunyai peranan yang sangat penting dalam bidang sains dan teknologi. Galakan al-Quran untuk mengkaji dan merenungi penciptaan alam telah menjadi titik utama untuk mendorong para saintis Islam melakukan kajian. Justeru, kita sebagai generasi muda Islam yang bakal menerajui bidang-bidang profesional ini mestilah bertindak bijak dengan mengamalkan segala ajaran al-Quran dan mengkaji penciptaan alam semesta agar dapat bertemu dengan hikmahnya serta meningkat ketaatan kepadanya.





AHLI KUMPULAN :
  1. HAFIYYAN ASYRAF BIN HAMZAH ( 1011 )
  2. MUHAMMAD ARIF FAHMI BIN SULAIMAN ( 1015 )
  3. SYAHIRAN NAFIS BIN SAIFUL ARDAN ( 1055 )
  4. MUHAMMAD NAQIUDDIN BIN ROSLAN (1063)
  5. MOHAMMAD ARIFF AIMAN BIN ABDULLAH THANI ( 1065 )